Site Loader
explore

Return & Refund Policy

Home Return & Refund Policy

Terima kasih kerana membuat pembelian di Ommafoody.com

Sekiranya anda barang yang anda terima rosak atau tidak segar, kami sedia membantu anda untuk mengembalikan wang anda.

JENIS BARANG YANG DIBERI JAMINAN PULANG KEMBALI

  • Ikan segar (bukan sejuk beku)
  • Makanan laut bukan sejuk beku
    • Ketam
    • udang
  • Sayur-sayuran
  • Ayam
  • Buah-buahan yang berulat atau rosak

Selain daripada itu, kami tidak memberi jaminan pulang kembali (refund) untuk sebarang jenis barang sejuk beku (frozen), barang melibatkan fully seal seperti daging perap oleh pembekal kami, barangan runcit, ikan masin dan rempah ratus.

JENIS KEROSAKKAN YANG DITERIMA

  • Barang seperti ikan, seafood dan ayam terbukti tidak segar dan tidak boleh digunakan
  • Sayur dan buah lebam atau rosak sehingga tidak boleh digunakan

CARA MELAPORKAN KEROSAKAN

Untuk jaminan pemulangan, anda perlu memeriksa barang anda dan whatsapp bukti gambar tidak segar atau rosak ke 010 2333411 dalam tempoh 2 jam selepas anda menerima barang anda. Jika tiada gambar laporan tidak diterima. Jika aduan diterima melepas 24jam, pihak kami tidak akan bertanggungjawab diatas kerosakan tersebut.

Selepas itu, pihak kami akan membuat pemeriksaan verifikasi berdasarkan barang anda. Barang mungkin perlu dipulangkan kepada pihak kami. Anda perlu menangung kos penghantaran. Kos penghantaran (menggunakan rider mr speedy) akan ditolak daripada jumlah pemulangan anda

Sekiranya diluluskan, pemulangan wang anda akan dibuat dalam tempoh 3 hari waktu bekerja.

 

SITUASI BARANG TIDAK MENCUKUPI/TIDAK LENGKAP

Pihak Ommafoody hanyalah mengantara antara peniaga pasar dan pelanggan. Sering kali stok putus/habis dan pihak kami tidak dapat memaklumkan lebih awal kepada pelanggan kami. Pihak kami akan meletakkan sehelai kertas di bungkusan anda untuk memaklumkan barang yang tidak mencukupi. Untuk setiap barang yang tidak mencukupi, pihak kami akan membuat pemulangan wang ringgit. Anda hanya perlu mengisi borang yang akan diberikan kepada anda melalui whatsapp oleh pegawai khidmat pelanggan kami.

Pihak kami juga akan memohon butiran bank serta kad pengenalan anda untuk tujuan pemindahan wang. Sekiranya anda enggan memberikan kami butiran lengkap ini, proses pemindahan wang (cash) ke akaun anda tidak akan diteruskan. Kami hanya akan membuat pemindahan sekiranya butiran diberikan lengkap.

Walaubagaimana pun, pihak kami menawarkan pilihan lain iaitu :

  1. Kredit Store dimana wang anda akan dipulangkan ke akaun ommafoody anda.

Pembelian diommafoody bermaksud anda faham bahawa pihak kami tidak mengawal stok barangan dan kemungkinan barang yang dibeli melalui platform kami habis/putus stok di pihak pembekal kami. Pihak kami akan berusaha untuk memastikan pengalaman anda lebih baik dalam setiap urusan pembelian bersama kami.

Sekiranya anda tidak bersetuju dengan mana-mana perkara ini, anda dipinta untuk tidak meneruskan pembelian di platform kami.

 

POLISI REFUND UNTUK TEMPAHAN YANG TELAH DIHANTAR

Pihak kami akan menawarkan pulangan semula untuk barang yang hilang akibat kecuaian daripada rider penghantaran kami.

Pihak kami tidak akan membuat sebarang pembayaran pulang semula (refund) terhadap barang yang telah dibeli & dihantar kepada pihak anda. Berlaku situasi dimana pelanggan tidak respon terhadap panggil telefon setelah barang dihantar kepada anda dan akibatnya, barang tidak boleh dihantar kepada anda.

Pihak kami akan membuat pulangan ke pejabat sekiranya anda tidak menyambut panggilan telefon. Pihak kami akan memberi notis 24 jam, sekiranya tiada respon, produk tempahan anda akan dilupuskan.

Sekiranya anda ingin mendapatkan semula barangan anda setelah barang dihantar ke pejabat kami, anda perlu menanggung dua jenis kos penghantaran iaitu

  1. kos penghantaran barang dari rumah anda ke pejabat kami disebabkan anda tidak memberi respon selepas kami membuat penghantaran
  2. kos penghantaran semula ke alamat anda.

Bayaran perlu dibuat sebelum penghantaran diteruskan. Sekiranya gagal, pihak kami tidak akan dapat memproses penghantaran produk anda.

Kami juga tidak memberi/menawarkan jaminan refund untuk barang yang rosak/hilang kesegaran untuk barang yang telah dihantar namun tidak diterima akibat ketiadaan anda dilokasi alamat anda. Tanggungjawab menerima barang tempahan adalah tanggungjawab anda.

POLISI REFUND UNTUK TEMPAHAN PROMOSI/SALE

Pihak kami tidak akan menawarkan pulangan semula wang kepada barangan promosi sekiranya berlaku kerosakan.
Barang promosi sudah ditawarkan dengan harga yang cukup murah. Tiada sebarang refund akan dilayan.

PENAFIAN

Pihak kami tidak menyimpan stok sendiri dan hanya menggunakan stok harian yang diterima daripada pembekal sah dari Pasar Borong Selangor. Sebarang ciri barang yang diterima tidak mewakili dan mengambarkan kredibiliti syarikat Ommafoody Sdn Bhd.

Kami hanya membuat penyusunan semula mengikut nombor pesanan untuk menempatkan pesanan dari kesemua vendor terlibat dalam proses jual beli ini.

Pihak syarikat hanyalah platform pengantara untuk peniaga pasar dan pihak pelanggan.

Pembelian di Ommafoody bermaksud anda setuju dengan sebarang terma dan syarat yang terlibat dalam pengurusan syarikat.