Tentang Ommafoody
Kami adalah sekumpulan warga pejabat yang menjalankan laman ini dengan hasrat untuk mengubah budaya & pengalaman membeli belah barang dapur anda dengan menawarkan harga & kualiti yang lebih baik. Kami faham ramai yang risau dengan pengalaman membeli belah barang dapur kerana risau dapat ikan yang tidak segar, sayur yang layu serta harga yang tidak masuk akal.
Apabila kami ke Pasar Borong Selangor di kawasan kami, kami mendapati bahawa keadaan dipasar tersebut boleh diperbaiki dengan mewujudkan laman web yang memilih produk terbaik & harga yang terendah antara kesemua vendor vendor tersebut. Terdapat beratus peniaga pasar borong yang menjalankan perniagaan namun satu pun yang memberi pengalaman online shopping kepada pihak diluar.
Kami ingin memastikan dengan OMMAFOODY, anda dapat menjimatkan masa anda dan shopping barang dapur dengan harga asal di pasar borong. Tiada harga tambahan dikenakan dan kami hanya mengambil cas penghantaran yang tetap dikawasan sekitar pejabat kami.
Selamat membeli belah 🙂