Pre-Order Raya ommafoody adalah kempen untuk pembelian barang basah kategori penting untuk Hari Raya anda. Pada tahun 2020, kami mendapati bahawa pembelian barang basah seperti Daging Tempatan dan Ayam agak sukar disebabkan kesesakan jalan raya di pasar, harga barang basah naik, pasar sesak dengan orang, kesukaran mencari parking dan kehabisan stok.
Pada tahun ini, kami ingin memastikan ommafoody dapat memudahkan urusan anda. Disebabkan itu, kami wujudkan satu laman khas untuk membolehkan anda tempah barang basah anda lebih awal.
Pada tempoh ini, laman utama ommafoody akan ditutup sementara waktu sehingga hari raya untuk memberi ruang kepada program ini.
Barang apa yang ada?Â
Kami hanya menjual barang kategori penting iaitu Daging Tempatan, Ayam, barang kisar seperti bawang dan barangan runcit berkaitan hari raya.
Bila tarikh penghantaran?
Kami akan hantar barangan anda bermula 6 May sehingga 11 May 2021. Anda boleh memilih mana-mana slot yang ada untuk penghantaran. Kami hanya akan buka 50 slot sehari. Konsep berdasarkan siapa cepat dia dapat?
Berapa kos penghantaran?
Untuk menjayakan program ini, kami telah bekerjasama dengan pihak pemandu Grab agar membuat penghantaran terus ke alamat anda dengan hanya RM15 seluruh Lembah Klang.
Kenapa saya tidak boleh membuat pembelian sayur dan barang lain-lain di laman ommafoody?
Pada tempoh 1 minggu sebelum hari raya, barangan runcit serta sayur sayuran agak terhad dan harganya tidak stabil. Pihak kami tidak mengawal harga dan memaparkan harga terkini pada laman kami kerana harga berubah saat akhir. Sebagai contoh, kami hanya akan tahu harga sayur pada 4 am setiap hari. Jadi kebanyakkan pembeli yang membeli 1 hari lebih awal biasanya akan membayar harga 1 hari sebelum itu dan perbezaan harga yang tinggi menyebabkan kami tidak dapat membeli barangan tersebut. Bilangan pembeli yang ramai menyukarkan kami untuk menghubungi pembeli seorang demi seorangg untuk mendapatkan bayaran tambahan.
Lebih-lebih lagi, keadaan pasar pada tempoh tersebut sesak dengan pemborong kedai dan restoren. Kami risau kami tidak mampu menyiapkan tempahan pelanggan kami dalam tempoh tersebut. Oleh sebab itu, kami teruskan dengan program Pre Order Raya ini.
Sekiranya anda ingin mendapatkan barang basah secara pre order, anda boleh terus ke laman web kami iaitu https://ommafoody.orderla.my/ramadhan-rayaÂ