Site Loader
explore

Mengenai Ommafoody

Home Mengenai Ommafoody

Kami faham anda sibuk, kami akan cuba ringkaskan semuanya

 

Apa itu ommafoody?

Ommafoody adalah platform penghantaran barang basah yang focus pada penyediaan barang siap siang dan dibersihkan agar mudah digunakan untuk masakan.

Bagaimana Ommafoody berfungsi?

Kami akan buat penghantaran barang dapur ke pintu rumah anda. Kami ada lebih 500 barangan di platform kami. Apabila anda buat pembelian di laman web kami, barang anda akan dibeli daripada peniaga pasar kecil, diperiksa kualiti, dibersihkan oleh pusat operasi kami dan dihantar kepada anda.

Berapa kos & liputan kawasan penghantaran?

RM5 untuk poskod 43300 dan RM15 untuk seluruh Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Wang RM15 ini adalah untuk peniaga GRAB yang buat penghantaran dan pihak kami tidak mengenakan sebarang cas tambahan disini.

Pukul berapa penghantaran dibuat?

Penghantaran akan dibuat pada 2.30 pm dan 3.00 pm setiap hari kecuali ahad dan cuti AM.

Bagaimana Ommafoody bermula?

Pada tahun 2020 ketika pelaksanaan PKP pertama, pengasas syarikat Mohd Saddam Irrban asalnya ingin mendapatkan barangan basah di Pasar Borong Selangor namun terpaksa berbaris panjang selama 1 jam. Apabila giliran masuk tiba, barangan segar di pasar kebanyakkan telahpun habis dijual. Apabila pulang, Saddam telah membuat kajian tentang platform online barang basah dan menemui platform sedia ada pada waktu tidak memberikan gambaran serta kemudahan yang patut kepada pengguna.

Apa yang pelanggan perlukan adalah pengalaman pembelian seperti di pasar dan kualiti barang yang memudahkan tugasan di dapur.

Oleh sebab itu, ommafoody telah dibina dengan berdasarkan pengalaman lebih 1000 pelanggan serta kerjasama diantara pemandu Grab dan peniaga kecil pasar.

Kini Ommafoody mempunyai lebih 13000 pembeli yang setia.